Want your
own Fotopage?













 
Collaboration Between Husband and Wife

By: Nieda Nizam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Jan-2009 01:50 Email | Share | | Bookmark
Selamat pengantin baru Along dan Arel

Selamat sudah husband and wife
Berdebar saat diijabkabulkan
nak interprem jugak kami 3beradik perempuan
 
Kami 5 beradik
Kami lagi
Bersama abang ipar
Kawan-kawan Along
Sanding
View all 18 photos...
28 Dec 2008, kakak nieda selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Khairil Fazli. Mereka ni kenal dan bercinta dah lama, seingat nieda dari form 2 lagi lebih kurang 12 tahun usia perkenalan mereka. Kami ingin mengucapkan Selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga kekal ke akhir hayat. Nasihat kami, persefahaman amat penting dalam melayari rumah tangga, kena ada give and take. Takmo cakap panjang lebar, moga gembira melayari alam rumah tangga. Jom kita layan gambar-gambar sekitar majlis nikah dan bersanding..
























selamat pengantin baru along...
semoga kekal ke anak cucu
Fri 2-Jan-2009 04:14
Posted by:Mummy irdina&arissa  - [Link]
yang ... ape gambar tunggang terbalik ni .. adduuhh .. nanti la abg adjust balik .. ngantok ni ... dah 12.24 am . Fri 2-Jan-2009 16:24
Posted by:nizam
Add comment


Tuesday, 23-Dec-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark
Anniversary perkahwinan kami yang kedua

 
 
 
majlis makan beradab
sanding
 
Terasa betapa cepat masa berlalu, pejam celik dah seminggu, kemudian sebulan dan sekarang sudah menjangkau 2 tahun usia perkahwinan kami...

Dua tahun usia perkahwinan ini bukanlah mahu dibanggakan , tetapi mahu dijadikan benchmark atau sebagai pengukur kepada kami betapa perlunya kami matang dengan cepat dalam meredah hari-hari mendatang. Kematangan itu penting bagi kami sebagai suami isteri dalam menempuh dugaan yang tidak dijangka.

2008 bakal melabuhkan tirai, 2009 pastinya akan lebih banyak planning yang perlu dibuat. We hope next year is going to be more interesting in so many ways. Carrier, life, family, waiting to our little cuttie to arrive and InsyaAllah kami akan berpindah ke rumah baru on next year, hopefully semuanya akan menjadi lebih baik. We seek best forward bagi kami sekeluarga. Insyaallah.

Doakan kebahagiaan kami ini berkekalan hendaknya










hepi enibeseri
semoga kekal ke anak cucu...
amin...
Tue 30-Dec-2008 05:37
Posted by:Mummy irdina&arissa  - [Link]
Add comment


Thursday, 4-Dec-2008 15:27 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan Ana dan Nazri

 
 
Lama betul kami tak update fotopage ni. Baru-baru ni kami ke Dewan MBSA Sungai Buloh di Paya Jaras untuk memenuhi undangan perkahwinan kawan Nieda iaitu Ana dan Nazri. Semoga berkekalan hendaknya.

Lepas potong kek



Dah lama tak update baru perasan gambar gambar ni dikecikkan kepada size 640, selalunya kami guna size 800 untuk dapatkan sharpness..

Care to comment?


Tuesday, 14-Oct-2008 13:50 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya

 
 
 
View all 6 photos...
Alamak, dah lepas raya baru update entry tentang raya. Ini pun saya yang update, Nieda tidur awal hari ni, mengantuk dia.


Main bunga api di malam raya


Yang ni, adik si Nieda bakar dua mercun serentak, saya pulak terkial-kial ambik gambar


Hari Raya Pertama, makan rojak di rumah makcik Nieda. Kali pertama saya makan rojak pada hari raya, sebab kampung saya tak ada juadah variety macam ni


Raya si kembar.....


Beraya di kampung.. memang betul-betul kampung..


Ini bukan baby kami, saje je berlatih dukung, dia pun macam happy je kena dukung. Baby kami insya allah bulan 5 tahun depan. Semoga dipermudahkan dan diselamatkan.

TQ....Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir Batin..

Dah ada improvement nampak...Teruskan...Kalau rajin nko cuba plak ambil gambar kereta bergerak pada waktu malam... Thu 30-Oct-2008 16:58
Posted by:myzulkefli myzulkefli@gmail.com  - [Link]
hai nieda...harap sihat dan tak diganggu morning sickness
yg teruk...biase laaaa kalo preggy2 ni...harap nieda jage makan
dan relax2 selalu......

yg paling penting, kalo dah start pakai uniform jgn lupe
tau amik gambar....he he he he mesti comel mak buyung sorang ni
Fri 31-Oct-2008 01:32
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 25-Sep-2008 21:52 Email | Share | | Bookmark
Pulang Ke Kampung Sempena Ramadhan

 
 
 
View all 7 photos...
Saya dan isteri pulang ke kampung sempena Ramadhan, kebetulan pulak time tu musim duku


Rumah parents saya di kampung.


Masa tu langit membiru, awan pun cantik, mungkin sebab lepas hujan.


Antara buah duku yang ada di situ.



Bunga-bunga ni mak saya tanam. Gambar bunga atas tu saya jadikan desktop wallpaper, walaupun yang suka bunga ni isteri saya, tapi saya rasa bunga tu cantik.


Ini la hasil kutipan masa kami balik kampung, jenuh juga kami pass duku duku ni pada kawan-kawan. Tak larat nak makan semua.

re: wah nieda dah pregnant yeak...alhamdulillah
takpelaaa...biasela mabuk2 di awal2 nie....
ape2 pun, jaga makan dan take care...
jgn buat keje berat n lasak2....

salam lebaran dari kami sekeluarga
Fri 26-Sep-2008 06:34
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
Berbuka puasa dengan kurma
Bersyukur pada Yang Maha Kaya
Lemang dan rendang juadah utama
Tanpa ia tak berserilah raya
Fri 26-Sep-2008 08:28
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
weii zam... aku pakai sony alpha 300.. baru2 ni tangkap lense 70-300... Berjaya jgak hang racunkan si pian... lepas raya ni time aku turun Puncak, boleh kita bertiga cari port menembak... aku still dok belajaq cara shoot... Sun 28-Sep-2008 16:36
Posted by:madie asmadi615@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 10-Sep-2008 13:53 Email | Share | | Bookmark
Gambar Potraiture Kawan-Kawan

 
 
 
View all 8 photos...
Kali ni saya take over kejap entry fotopage ni, sebab Nieda tengah tidur, lagipun dia tak larat nak mengadap komputer, kepala asyik pening dan loya.. dah pregnant anak sulung . Nervous rasanya nak bergelar bapak.
Berbalik pada entry ni, semuanya gambar kawan - kawan saya. Saya guna prime lense nak wujudkan BOKEH pada gambar diorang ni.


Nama brader ni Azmi juga dikenali sebagai Yob atau Ayah Mie. Dia masuk kerja di ofis ni lebih kurang sama dengan saya tapi sebab umur dia senior, dia banyak jadi tempat kami refer. Maklum la makan garam dulu. Kat kereta dia ada sticker Pekida


Ini Azwan. Dia lewat join ofis kami, baru kira-kira 2 tahun lebih. Sebelum ni dia kerja kat satu jabatan kat area Jalan Duta. Umur pun lebih kurang Azmi. Untung dia join kami, gaji melompat terus dari 17 ke 45, dan kalau tunggu lagi, boleh join kami di 52. Mudah - mudahan.


Ini kawan lama saya, dah kenal dari tahun 1996. Kami panggil Gujel je. Kaki lawak, melepak dengan dia asyik gelak je, tapi penjenayah semua takut dengan dia. Dia ni detektif di salah sebuah IPD di Lembah Klang.


Mamat ni nama Nazri. Asal Kelantan, wife orang JB. Satu ofis dengan saya. Sekarang tengah cuti belajar, tapi kalau kami ajak main pingpong mesti dia datang punya. Bakal ada website .com guna nama sendiri.


Fadli, technician dan photographer ofis kami. Pengguna setia Nikon. Dia ada banyak lense.


Sesatunya bujang di kalangan geng kami di ofis. Nama dia Pian. Masih mencari pasangan.


Sorang lagi kawan seofis, namanya Yamin dan kuat gelak, semua benda dia boleh gelak, lepas gelak je kentut. Mangkok ayun betul. Berulang dari Tg Malim everyday.


Nama dia Zul, kadang-kadang org panggil dia Jingga. Sama belajar dengan saya di UK, cuma Uni je berbeza. Dia ni dah jadi boss ofis kami di Johor.

wah nieda...snap gambor org plak...
cun n natural.......

lieya dah pindah umah tau....tapi takpe
kite still boleh visit mengvisit.....
Fri 19-Sep-2008 08:37
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
HAMBOI MACHO2 JEJAKA D SINI

KEH KEH
Fri 19-Sep-2008 13:55
Posted by:FazaRina(riNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
re: alah nieda ...lieya tak jadi tukar umah
tetap berFP jugak...blog pun on jugak he he heh
sayang plaknak tinggal kan FP....

nieda, dikesempatan ini lieya nak ucapkan selamat hari
raya maaf zahir dan batin buat nieda sekeluarga...
semoga bergembira dihari lebaran nanti.....
Thu 25-Sep-2008 08:50
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 00:58 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

 
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ni, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada rakan2 selama kita berkenalan di alam maya ini..Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina..




Dari,
Nieda dan Nizam

selamat berpuase juga buat nieda

patutle nieda punye gambar cantik2 rupenye
gajet nieda 'boleh tahan' ....lieya pun teringin nak
pakat gajet slr ni...tapi kene kumpul ongkos dulu
kih kih kih
Mon 8-Sep-2008 08:09
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
salam ramadhan juga....
ramadhan kali ni posa penuh ar kan..hehehe
tahniah!!!
xsabar nk ngk muka nida&nizam jr.
Wed 10-Sep-2008 00:32
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
Salam,
Nak tanya..Saya ada koleksi beratus2 foto2 lama yang berusia 5-35 tahun dan nak simpan dia secara digital selain nak upload dalam FG ni...
1-Apa cara paling sesuai utk simpan dalam bentuk digital?
a)Scanner canggih...high resolution nyer scanner macam kat kedai KODAK tu...?
b)Re shoot semula guna digital kamera biasa atau DSLR yang canggih skit...?
2-Korang simpan koleksi gambar kat ne..? HD biasa jer ker...?atau external HD..?
Terimakasih dan selamat hari raya.
note..
kwn2..pls private email me.....
Fri 26-Sep-2008 02:39
Posted by:Tugimun Nail tugimun@hotmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 30-Aug-2008 09:32 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 51

Malaysia ku gemilang
Logo ulangtahun kemerdekaan
teringat pulak lagu Warisan nyanyian Sudirman:

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan




Tema tahun ini adalah Perpaduan Teras Kejayaan



Sedikit info tentang sambutan kemerdekaan tahun ni: (Info ni di ambil dari blog nukilan jejari azhad)
Gambar di bawah ni adalah logo ulangtahun kemerdekaan ke 51


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang Dipertuan Agong.Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Care to comment?


Saturday, 30-Aug-2008 04:15 Email | Share | | Bookmark
Present dari Hubby

 
 
Baru2 ni hubby nieda bagi present..Ni lah presentnya






Suka sangat present ni...hehe..Laptop kt umah tu dh slow giler..Sebab tu malas nk upload gambar kt fotopages ni.Sekarang ni bila dh ada Laptop baru senanglah daku untuk mengedit gambar..For my lovely hubby, thanks for the laptop..

Spec laptop:
Intel® Core[TM]2 Duo Processor T5750 (2.0GHz, 2MB L2 Cache, 667MHz FSB)
160GB (SATA) with shock absorbers ( wow !! they have shock absorbers for hard disk, I thought they were only for cars)
DVD SuperMulti Double Layer Drive (DVD ± RW/RAM) with LabelFlashTM Technology
14.1" WXGA (200NIT) Clear SuperView TFT display (it's so beautiful)
Intel® Graphics Media Accelerator X3100 (haven't tested it yet, maybe i'll install some games)
2.35 kg in weight

dapat 5 free gift iaitu:
-Upgrade RAM to 2GB (harus upgrade sbbnyer???semua pc baru guna windows vista, kalau 1GB memang slow sikit)
-free Notebook Backpack Bag
-free 2GB Thumbdrive (Thumbdrive ni nieda bagi kt hubby sbb nieda dah ada 2 thumbdrive
-a free lock
-a free headphone

Kami beli di Digital mall PJ..So dekat sikit dari Shah Alam..Kt sini pun bleh dapat laptop@pc yang murah2.Tak perlu pegi jauh2 smpai ke plaza Low yat.. )

waaa....ini sudah canggih.......sayang betui suaminya....hahahahahah.....neida......................SALAM KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA,......ada laptop baru ni.......senang le nak upload....... Sat 30-Aug-2008 05:43
Posted by:Abah along  - [Link]
waa...masuk ni dah 3 org kawan beli laptop toshiba nih...
laku betul ar...huhuhuuu
best2...lps ni wajib ler apdet bnyk2 gambar ek
cayalah nieda
Sat 30-Aug-2008 11:51
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
Add comment


Tuesday, 26-Aug-2008 11:11 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru buat Ina dan Tuan Rosli

 
 
 
View all 10 photos...


Ahad lepas (24 August 2008) nieda dan hubby telah pegi kenduri kahwin kawan nieda masa diploma dulu di Kepong. Bagusnyer ramai kawan2 dah kawin. Kami sampai lebih kurang dlm kul 1 lebih, masa tu cuaca dh mendung, jadi smpai jer kami terus ke rumah pengantin dulu. Rumah kawan kami tingkat paling tinggi kalau x silap tingkat 13..Sampai sana jumpa plak my best friend masa dip dulu, Zura..Best betul dapat jumpa kawan lama.
Untuk ina dan suami, selamat pengantin baru. Semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat.Amin...




Ni plak gambar saya dan zura serta dina and arissa





Gambar bawah Si kenit Arissa..Mata dia sebijik ikut mummy dia


Oleh kerana nieda tak sempat nk tgk Ina bersanding disebabkan cuaca yang mendung, jadi nieda telah mencilok gambar kt blog kawan..

selamat pengantin baru buat mempelai
semoga berbahagia selamanyer...
nieda, patut le lieya cam penah tgk pengantin ni
rupenye same entry ngan zura....rupenye korang kenal
antara satu same lain yeak.....he he he he

selamat berpuase tuk nieda sekeluarga
Fri 29-Aug-2008 00:46
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
SALAM KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA,......
DARI ZAI...
Fri 29-Aug-2008 15:10
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
selamat pengantin baru tok ina dan hubby
cpt2 dapat baby ye...

psstt, nida, mintak izin cilok gambar dari sini ek...hehehe
Sat 30-Aug-2008 11:46
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.